Tuesday 23 May 2017

Perkhemahan Unit Beruniform SK Belimbing 2017


Pada 19 dan 20 Mei 2017, telah berlangsungnya Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Pengakap Sekolah di Sekolah Kebangsaan Belimbing.

     Semua guru telah melibatkan diri dalam perkhemahan tersebut manakala jumlah murid pula seramai 13 orang yang terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan antaranya mendirikan khemah, kebudayaan, burung hantu, kawad kaki, memasak dan sebagainya.

     Alhamdulillah, semua guru-guru memberi kerjasama yang sangat baik dengan disokong oleh kehadiran Guru Besar sepanjang perkhemahan berlangsung. Malah, murid-murid juga turut memberi respon yang positif sepanjang tempoh perkhemahan unit beruniform ini dijalankan.

Aktivti perkhemahan seperti ini juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Maka, program yang berbentuk "outdoor" ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar. Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan, ia dapat mendedakan kepada para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan, melatih mereka berkomunikasi dalam kumpulan, melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian dan mendedahkan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup untuk pengalaman mereka pada masa akan datang. Semoaga dengan berlangsungnya Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Pengakap Sekolah ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para peserta.




































No comments:

Post a Comment

Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...