Tuesday 4 July 2017

Majlis Khatam Quran dan Ambang Aidilfitri

Pada 22 Jun 2017, Sekolah Kebangsaan Belimbing telah mengadakan Majlis Khatam Quran dan Ambang Aidilfitri yang bertempat di Dewan Rasu. Sebanyak 24 orang murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 terlibat dalam program ini. Ia diadakan bertujuan untuk memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran untuk menghidupkan syiar Islam di samping untuk memahirkan bacaan Al-Quran. Selain itu, program Ihya'Ramadhan yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan juga bertujuan untuk menarik minat murid untuk membaca dan mengkhatamkan Al-Quran serta menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak. 

       Majlis ini bermula pada pukul 9 dengan majlis khatam Al-Quran. Seterusnya taklimat serta tazkirah ringkas mengenai amalan sunat Aidilfitri yang disampaikan oleh ustaz Ghani. Pada pukul 11.30 pagi acara penyampaian sumbangan kepada peserta khatam Al-Quran dan disertai oleh ucapan Aidilfitri oleh wakil murid SK Belimbing. Pada sesi penutup majlis ini pula ialah ucapan Guru Besar SK Belimbing iaitu Cikgu Anazir Bin Mamat. Dalam ucapan tersebut Cikgu Anazir berpesan kepada semua warga sekolah agar menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT yang menjadikan kita semua melepasi ujian disepanjang bulan Ramadhan. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

















Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...