Friday 1 December 2017

Hari Anugerah Cemerlang Dan Majlis Graduasi Prasekolah

Pada 23 November 2017, Khamis Sekolah Kebangsaan Belimbing telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Dan Majlis Graduasi Prasekolah yang bertempat di Dewan Imam Rasu. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan meningkatkan motivasi murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah. Selain itu, majlis hari anugerah ini juga sebagai panduan kepada ibu bapa murid untuk mengetahui tahap pencapaian anak mereka di sekolah. Majlis ini melibatkan semua ibu bapa dan ahli jawatan kuasa PIBG SK Belimbing serta Penghulu Mukim Penyor 2 iaitu Encik Mahathir bin Nordin. 

































Kenali SK Belimbing



PROFIL SEKOLAH

 KOD SEKOLAH
CBA 5010
NAMA SEKOLAH
SK BELIMBING
ALAMAT
26030 KUANTAN, PAHANG
PPD
PPD PEKAN
SESI
PAGI
LOKASI
LUAR BANDAR
GRED
B
KELUASAN
2 HEKTAR
JUMLAH KELAS
7
BIL  MURID
38
BIL. GURU
12 ( PPPS - 12)
BIL. BUKAN GURU
2
GURU BESAR
EN. MOHD ANAZIR BIN MAMAT
GPK 1
EN. ZAMRI BIN ZAINI
GPK HAL EHWAL MURID
PN. RAHILAH BINTI ONTONG
GPK KOKURIKULUM
PN. SH. NORFARHAN BINTI SY. IDRUS



SEJARAH SEKOLAH


              Sekolah Kebangsaan Belimbing terletak kira-kira 83 km dari bandar Kuantan dan 78 km dari bandar Pekan. Berada di dalam daerah Pekan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Pekan. Kampung Belimbing diwujudkan selepas banjir tahun 1926 iaitu perpindahan penduduk daripada Kampung Bintang di Mukim Penyor. Penduduk yang dipindahkan berasal daripada Tembeling, Segamat, Negeri Sembilan dan Temerloh seterusnya telah menjadi pemastautin tetap di kampung ini.


       Sekolah Kebangsaan Belimbing ditubuhkan pada Ogos 1941 bagi kemudahan pendidikan penduduk dengan tenaga pengajar ketika itu hanya seorang guru dengan jumlah bilangan murid seramai 25 orang. Berlantaikan papan kayu, warga pendidik bersama murid-murid sekolah meneruskan proses pendidikan mereka menongkah arus zaman.

          Berdiri teguh di tepi Sungai Pahang yang merupakan jalan pengangkutan utama pada awal penubuhan sekolah untuk menghubungkan sekolah dan masyarakat setempat serta kampung-kampung berhampiran.

           Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A, B dan C. Blok A ialah blok bangunan baharu yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru, stor sukan, bilik mesyuarat, surau , dewan terbuka dan bilik-bilik darjah. Blok B dan C adalah bangunan asal sekolah yang menempatkan pusat sumber sekolah, makmal komputer, bilik muzik, bilik sains, kelas KAFA, bilik PIBK dan Galeri. Selain itu, blok ini juga merupakan blok penempatan mangsa banjir sekiranya musibah itu menimpa penduduk Kampung Belimbing. Sekolah juga dilengkapi dengan sebuah bangunan Pra Sekolah.



         Sehingga hari ini, Sekolah Kebangsaan Belimbing terus bertanggungjawab mendidik anak bangsa seiring dunia globalisasi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.




VISI

SK BELIMBING MENJADI SEKOLAH RENDAH KURANG MURID NOMBOR 1 DI NEGERI PAHANG MENJELANG 2020.


MISI

MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG YANG BERDAYA FIKIR, CEKAP TEKNOLOGI DAN BERAKHLAK MURNI SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


FALSAFAH SEKOLAH


MEMASTIKAN USAHA BERTERUSAN MENJADI NOMBOR 1 DALAM SEMUA ASPEK (KURIKULUM, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM) DAN MEMBENTUK PELAJAR YANG TERAMPIL DARI SUDUT JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK.



MATLAMAT SEKOLAH

  • Melahirkan murid yang cerdik, bijak, bertatasusila dan berkeperibadian.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang.
  • Generasi berilmu dan budaya kepimpinan.
  • Melahirkan murid yang mementingkan keceriaan dan cintakan kedamaian.



OBJEKTIF SEKOLAH

  • Melahirkan murid yang berilmu dan berakhlak mulia serta mampu bersaing dengan Murid lain.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni bagi mendorong murid menampilkan sahsiah dan akhlak yang terpuji.
  • Menyediakan suasa persekitaran yang selamat, bersih, ceria dan selesa untuk melahirkan dan menyuburkan semangat kecintaan terhadap sekolah.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti dalam pengurusan pentadbiran sekolah.
  • Menjadikan budaya muafakat dan semangat kekeluargaan dalam menghadapi pelbagai situasi.
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan dan mengekalkan pencapaian murid dalam semua peperiksaan untuk memenuhi kualiti, kuantiti dan piawaian semasa.



PELAN TINDAKAN
  • Pelan tindakan kami bagi mencapai objektif di atas adalah dengan cara:
  • Menyediakan Perancangan Strategik Sekolah
  • Menubuhkan Panitia dan Jawatankuasa peringkat Sekolah
  • Menyediakan Jadual Waktu Seimbang
  • Menyediakan Takwim Tahunan Sekolah
  • Menyediakan Program Staff Development
  • Menjalinkan hubungan yang berkesan dengan stakeholders



PIAGAM PELANGGAN


           Kami warga SK BELIMBING dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami :
  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik dan sempurna di sekolah ini.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa
  • Membariskan guru-guru yang penuh dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif dan berwawasan.
  • Memastikan semua murid yang belajar di sekolah ini menerima pendidikan yang mantap, berkesan dan berpotensi menjadi pelajar yang cemerlang.
  • Memastikan semua murid akan menyambung pelajarannya ke sekolah menengah.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat dan cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.



LENCANA SEKOLAH




Keterangan warna:

a. KuningMelambangkan kebesaran Diraja yang sentiasa dipelihara.
b. HijauMelambangkan usaha, keharmonian dan perpaduan warga sekolah.
c. Hitam dan PutihWarna bendera negeri Pahang


Keterangan lambang dan bentuk:

a. PerisaiKetahanan dan kecerdasan fizikal dan mental
b. Obor dan gelung 5 rangkaiSemangat yang membara di kalangan pelajar untuk menjadi juara dalam kokurikulum dan permuafakatan warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti sukan.
c. Rill filemMelahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya merakam kejayaan.
d. Pena dan tintaPenglibatan warga SK Belimbing secara bersama dan muafakat dalam bidang kurikulum.
e. Buku terbukaIlmu sebagai penyuluh hidup dan kebahagiaan masa hadapan.



LAGU SEKOLAH


Sekolahku Yang Berjasa

Sekolah Kebangsaan Belimbing
Sekolahku Yang Berjasa
Dari Anak Waja
Harapannya Bangsa
Malaysia Yang Tercinta

Di sini Kami Terus Bertekad
Tekun Belajar Berusaha
Hormat Ibu Bapa
Pendidik Setia
Berbakti pada Negara (2X)





KEDUDUKAN GURU-GURU, STAFF DAN PEKERJA TAHUN 2017


Bil
Nama Guru
Jawatan
Gred
1.
PN. NORBIMAH BINTI AZIZ
Guru BESAR
DG 42
2.
EN. ZAMRI BIN ZAINI
GPK 1
DG 44
3.
PN. RAHILAH BINTI ONTONG
GPK HEM
DG 41
4.
PN. SHARIFAH NORFARHAN BINTI SYED IDRUS
GPK KOKURIKULUM
DG 44
5.
PN. NOR MAIZA BINTI AWANG TER
GURU PEMULIHAN
DG 44
6.
PN. KHAIRUNNISA BINTI RAMLAN KHAER
GURU PENOLONG
DG 41
7.
PN. ARBAIAH BINTI KARIM
GURU PRA SEKOLAH
DG 41
8.
PN. SHAHIRAH BINTI ROSLAN
GURU PENOLONG
DG 44
9.
EN. MOHD NAZRI BIN MAZAN
GURU PENOLONG
DG 41
10.
EN. ABDUL GHANI BIN IBRAHIM
GURU PENOLONG
DG 41
11.
EN. HALIM BIN OTHMAN
GURU PEND. ISLAM
DG 42
12.
EN. MOHD RIDZUAN BIN YAKUB
GURU PEND. ISLAM
DG 42



 STAFF PEJABAT

Bil
Nama Kakitangan
Jawatan
1.
PN. KARIMAH HAYATI BINTI MOHD YUSOF
Pembantu Tadbir N19
2.
PN. SHAH NORAIZAN BINTI ABU SAMAH
Pembantu Pengurusan Murid  N19


                                                                PENGAWAL KESELAMATAN SWASTA

Bil
Nama Kakitangan
Jawatan
1.
PN. FAUZIAH BINTI IBRAHIM
Pengawal Keselamatan
2.
EN. MASHEZAL BIN BAHARUM
Pengawal Keselamatan
3
EN. MOHD FAKHRUL RADZI BIN MOHD SABRI
Pengawal Keselamatan
4
EN. TARMIZI BIN ABU BAKAR
Pengawal Keselamatan



PEKERJA PEMBERSIHAN KAWASAN

Bil
Nama Kakitangan
Jawatan
1.
PN. ROZIATUL AKMAL BIN KAMALUDDIN
Pembersih Kawasan
2.
SAIFULLIZAN BIN LAZAM
Pembersih Kawasan





Prasarana SK Belimbing

Kod Sekolah
CBA 5010
Gred
 B ( LUAR BANDAR )
Nombor Telefon
-
Mula Di Buka
Ogos 1941
Bilangan Guru
12
Bilangan Staf Sokongan
2
Bilangan Pekerja Pembersihan Swasta
2
Bilangan Pengawal Keselamatan Swasta
4
Bilik Guru
1
Pejabat
1
Bilangan Kelas
7
Bilik Pusat Sumber Sekolah
1
Bilik Komputer
1
Pusat Akses
-
Bilik Kaunseling
-
Bilik Catur
-
Bilik Sains
1
Bilik Rawatan
-
Bilik BOSS
1
Bilik Peralatan Sukan
1
Bilik Setor Sukan
1
Bilik Setor Perabut
1
Bilik Pemulihan
1
Bilik Kemahiran Hidup / RBT
1
Bilik Muzik
1
Bilik PIBK
1
Surau
1
Kantin
1
Padang
1




Pelan Sekolah



Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...