Saturday 2 September 2017

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2017

Pada 21 Ogos 2017, SK Belimbing telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Belimbing bagi tahun 2016. Justeru, pihak Panitia Sejarah, Pendidikan Seni, Panitia Muzik dan Pusat Sumber Sekolah   akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti untuk  semua Tahun iaitu dari Pra Sekolah hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan seluruh warga sekolah. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan pendedahan dan manfaat kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Belimbing.

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Belimbing serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Belimbing secara menyeluruh. Selain itu juga, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Belimbing di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.












Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...