Saturday 27 May 2017

Ceramah Ihya Ramadhan

Pada 26 Mei, SK Belimbing telah mengadakan ceramah ihya' Ramadhan yang bertempat di bilik J-Qaf SK Belimbing. 

   Matlamat utama penganjuran ceramah ini adalah untuk menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan al-Mubarak dan menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain dalam kalangan warga sekolah. Disamping itu, program ihya Ramadhan di wujudkan bagi menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan pelajar.






Wednesday 24 May 2017

Program Gotong-royong Bersepadu Perangi Aedes Siri 1




Pada 24 Mei 2017, bersamaan dengan hari Rabu, telah diadakan satu Program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri 1 Peringkat Sekolah di SK Belimbing. Semua warga sekolah iaitu guru-guru dan murid-murid terlibat dengan program yang telah dianjurkan ini. Gotong-royong dijalankan bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. 

Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berisiko permbiakan nyamuk aedes dalam kawasan sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menjaga kawasan persekitaran sekolah. Malah, secara tidak langsung ia turut memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya nyamuk aedes.

Gotong-royong dijalankan di semua kawasan sekolah iaitu di persekitaran pra sekolah, sekitar bangunan lama, sekitar tandas lama, persekitaran kantin, sekitar Dewan Imam Rasu, dan belakang makmal komputer. Program gotong-royong ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh semua warga sekolah SK Belimbing.










Tuesday 23 May 2017

Perkhemahan Unit Beruniform SK Belimbing 2017


Pada 19 dan 20 Mei 2017, telah berlangsungnya Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Pengakap Sekolah di Sekolah Kebangsaan Belimbing.

     Semua guru telah melibatkan diri dalam perkhemahan tersebut manakala jumlah murid pula seramai 13 orang yang terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan antaranya mendirikan khemah, kebudayaan, burung hantu, kawad kaki, memasak dan sebagainya.

     Alhamdulillah, semua guru-guru memberi kerjasama yang sangat baik dengan disokong oleh kehadiran Guru Besar sepanjang perkhemahan berlangsung. Malah, murid-murid juga turut memberi respon yang positif sepanjang tempoh perkhemahan unit beruniform ini dijalankan.

Aktivti perkhemahan seperti ini juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Maka, program yang berbentuk "outdoor" ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar. Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan, ia dapat mendedakan kepada para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan, melatih mereka berkomunikasi dalam kumpulan, melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian dan mendedahkan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup untuk pengalaman mereka pada masa akan datang. Semoaga dengan berlangsungnya Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Pengakap Sekolah ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para peserta.




































Sunday 21 May 2017

Sambutan Hari Guru 2017

Pada 15 Mei 2017, SK Belimbing telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Setiap tahun Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Ia merupakan salah satu daripada agenda amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru.


         Sambutan Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas segala tugas yang diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas segala usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa dan negara.



         Program ini bermula dengan perhimpunan pagi serta ucapan dan bacaan perutusan Hari Guru oleh Tuan Guru Besar, SK Belimbing iaitu Encik Mohd Anazir Bin Mamat. Perhimpunan berakhir dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Guru Tahun 2017. Seterusnya, program diteruskan dengan acara padang dan juga acara dewan. Program ini dijayakan oleh guru-guru dengan kerjasama AJK PIBG serta ibu bapa pelajar. 




















































Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...