Thursday, 26 October 2017

Sukan Tahunan SK Belimbing Tahun 2017

Bermula 6 sehingga 12 Oktober 217, SK Belimbing telah mengadakan satu temasya sukan tahunan yang melibatkan warga sekolah dan juga masyarakat setempat. Matlamat utama penganjuran sukan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid unluk menunjukkan bakal mereka dalam bidang sukan. Selain itu, sukan ini bertujuan untuk mencungkil bakal murid dalam bidang sukan untuk dilatik bagi mewakili sekolah pada tahun hadapan serta meningkalkan semangat daya saing yang sihat dalam diri murid. 

     Temasya bermula pada hari Jumaat, 6 Oktober dengan senaman dan pertandingan merentas desa. Seterusnya pada pada hari Rabu iaitu 11 Oktober, berlangsungnya sukantara antara wakil sukan iaitu Rumah Sukan Mat Kilau dan Tok Gajah. Akhir sekali, acara kemuncak berlangsung pada hari yang berikutnya iaitu Khamis, 12 Oktober yang melibatkan sukan murid prasekolah, tahap 1 dan tahap 2 serta komuniti setempat. 

































Saturday, 2 September 2017

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2017

Pada 21 Ogos 2017, SK Belimbing telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Belimbing bagi tahun 2016. Justeru, pihak Panitia Sejarah, Pendidikan Seni, Panitia Muzik dan Pusat Sumber Sekolah   akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti untuk  semua Tahun iaitu dari Pra Sekolah hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid dan seluruh warga sekolah. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan pendedahan dan manfaat kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Belimbing.

            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Belimbing serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Belimbing secara menyeluruh. Selain itu juga, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Belimbing di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.












Wednesday, 9 August 2017

Pada 21 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Belimbing telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini turut dijayakan dengan kerjasama semua ahli PIBG dan juga masyarakat kampung Belimbing. Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara semua warga sekolah, sama ada guru, staf sokongan, pekerja swasta, murid-murid, PIBG dan komuniti setempat. 

     Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Belimbing selain aktiviti- aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membantu warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

     Majlis sambutan hari raya yang bertempat di Dewan Imam Rasu ini bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar, YDP PIBG. Seterusnya pada pukul 10.00 pagi pula merupakan persembahan nyanyian Lagu Raya oleh wakil murid dan guru SK Belimbing. Majlis berakhir dengan sumbangan duit raya kepada semua murid SK Belimbing dan jamuan hari raya.
















Sukan Tahunan SK Belimbing Tahun 2017

Bermula 6 sehingga 12 Oktober 217, SK Belimbing telah mengadakan satu temasya sukan tahunan yang melibatkan warga sekolah dan juga masyarak...