Wednesday 9 August 2017

Pada 21 Julai 2017, Sekolah Kebangsaan Belimbing telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini turut dijayakan dengan kerjasama semua ahli PIBG dan juga masyarakat kampung Belimbing. Matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara semua warga sekolah, sama ada guru, staf sokongan, pekerja swasta, murid-murid, PIBG dan komuniti setempat. 

     Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SK Belimbing selain aktiviti- aktiviti lain. Ianya sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat kerajaan membantu warganegara yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

     Majlis sambutan hari raya yang bertempat di Dewan Imam Rasu ini bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar, YDP PIBG. Seterusnya pada pukul 10.00 pagi pula merupakan persembahan nyanyian Lagu Raya oleh wakil murid dan guru SK Belimbing. Majlis berakhir dengan sumbangan duit raya kepada semua murid SK Belimbing dan jamuan hari raya.
















Karnival Sukan Tahunan SK Belimbing

...